Kementerian Pertahanan juarai perahu tradisi 30 terbuka tempatan

Kementerian Pertahanan juarai perahu tradisi 30 terbuka tempatan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Pasukan Kementerian Pertahanan tampil juara dalam Acara Perahu Tradisi 30 Terbuka Tempatan selepas meninggalkan saingan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) di tempat kedua dan Pasukan WAKTU di tempat ketiga.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, (KKBS) Dato Paduka Dr Haji Affendy Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abiddin.

Sebanyak 14 acara telah dipertandingkan di dalam kejohanan Lumba Perahu Tradisional Kebangsaan kali ke–23 tahun 2016 yang berlangsung di Kompleks Sukan Air di Pantai Serasa di sini.

Dalam Acara Perahu Tradisi 20 Terbuka Tempatan, Pasukan Kementerian Pertahanan muncul juara, menewaskan Pasukan Waktu dan Pasukan JPM yang berada di tempat kedua dan ketiga.

Pasukan Kelab Regatta TelBru pula muncul juara dalam Perlumbaan Perahu Tradisi 15 Jemputan Swasta apabila berjaya meninggalkan pencabar terdekatnya Pasukan Penerbangan Diraja Brunei (RB) yang berada di tempat kedua dan DST di tempat ketiga.

Dato Paduka Dr Haji Affendy menyampaikan piala pusingan Acara Perahu Tradisional 20 Pekayuh Antara Kementerian kepada Pasukan Kementerian Pertahanan.
Dato Paduka Dr Haji Affendy menyampaikan piala pusingan Acara Perahu Tradisional 20 Pekayuh Antara Kementerian kepada Pasukan Kementerian Pertahanan.

Manakala Pasukan JPM pula sekali lagi menjulang kejayaan apabila Pasukan Perahu Tradisi 10nya menguasai Bahagian Terbuka Tempatan meninggalkan Pasukan WAKTU yang terpaksa akur di tempat kedua dan Wira Kesuma berada di tempat ketiga.

Kelab Regatta TelBru turut mencatatkan kemenangan berganda apabila menjuarai Perlumbaan Perahu Tradisi 15 Jemputan Syarikat Swasta mengalahkan Pasukan DST di tempat kedua dan RB di tempat ketiga.

Bagi acara Perahu Tradisi 20 Antara Kementerian, Kementerian Pertahanan tidak mendapat saingan apabila berjaya menumpaskan Pasukan JPM yang hanya mampu berada di tempat kedua di hadapan Pasukan Kementerian Pendidikan yang jatuh di tempat ketiga.

Sekali lagi Pasukan Kementerian Pertahanan tampil juara dan kali ini bagi Perlumbaan Perahu Tradisi 25 Terbuka Tempatan apabila Pasukan berkenaan mendahului Pasukan WAKTU di tempat kedua dan JPM di tempat ketiga.

Sementara itu dalam Perlumbaan Perahu Fiber 10 Antara Kementerian, Pasukan JPM tampil juara meninggalkan Pasukan Kementerian Pertahanan di tempat kedua dan di tempat ketiga disandang oleh Kementerian Perhubungan.

Bergambar ramai diantara pemenang Acara Perahu Tradisional 30 Pekayuh Terbuka Tempatan.
Bergambar ramai diantara pemenang Acara Perahu Tradisional 30 Pekayuh Terbuka Tempatan.
Bergambar ramai bersama pemenang Acara Perahu Tradisional 8 Pekayuh Terbuka Wanita Tempatan.
Bergambar ramai bersama pemenang Acara Perahu Tradisional 8 Pekayuh Terbuka Wanita Tempatan.

Dalam acara Perahu Fiber 8 Terbuka Wanita Tempatan, Pasukan Kementerian Pendidikan tampil juara meninggalkan pencabar terdekatnya Pasukan TOTAL yang berada di tempat kedua diikuti Pasukan Kelab Regatta TelBru di tempat ketiga.

Pasukan WAKTU turut tampil juara dalam Lumba Perahu Fiber 20 Terbuka Tempatan apabila menewaskan Pasukan Wira Kesuma yang tampil di tempat kedua dan Pasukan Saba Lela Menchanai di tempat ketiga.

Bagi bahagian antara kementerian perahu Fiber 20 Pasukan Kementerian Pertahanan sekali lagi tampil juara meninggalkan pencabar terdekatnya Pasukan JPM yang hanya berada di tempat kedua disusuli Pasukan KKBS di tempat ketiga.

Pasukan Wanita Kementerian Pendidikan sekali lagi menjuarai perlumbaan Perahu Fiber 12 terbuka wanita tempatan apabila meninggalkan pencabarnya daripada Kelab Regatta TelBru di tempat kedua.

Pasukan Saba Lela Menchanai tidak terlepas peluang untuk sekurang-kurangnya meraih satu kejuaraan apabila pasukan berkenaan menewaskan Pasukan WAKTU dan Wira Kesuma masing-masing di tempat kedua dan ketiga dalam Bahagian Perahu Fiber 10 Terbuka Tempatan.

Acara terakhir bagi acara Perahu Fiber adalah bagi jemputan syarikat swasta 20 pekayuh yang dimenangi oleh Kelab Regata TelBru yang tampil gah di hadapan Pasukan RB dan DST yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.