Kementerian Pertahanan mengimarahkan Ramadan

Kementerian Pertahanan mengimarahkan Ramadan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Kementerian Pertahanan juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dengan ceramah khas ugama bertajuk “Al-Quran Penawar dan Rahmat” yang disampaikan oleh penceramah undangan, Mejar Azlisham bin Haji Abd Aziz daripada Unit Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) yang berlangsung di Surau Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat.

Turut hadir ialah Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Menurut kenyataan itu lagi, majlis keagamaan berkenaan merupakan acara kemuncak yang disambut di bulan Ramadan bagi memperingati penurunan Al-Quran dari langit Luh Mahfuz kepada Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Dato Paduka Haji Mustappa yang menghadiri majlis berkenaan.
Dato Paduka Haji Mustappa yang menghadiri majlis berkenaan.
Ceramah khas yang disampaikan oleh Mejar Azlisham.
Ceramah khas yang disampaikan oleh Mejar Azlisham.

ARTIKEL YANG SAMA