Kemerdekaan tak bermakna jika rakyat tidak bersatu – Hamisa

Kemerdekaan tak bermakna jika rakyat tidak bersatu – Hamisa

TAWAU, 8 Sept – Nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini tidak bermakna sekiranya rakyat tidak bersatu padu dalam membentuk kerajaan yang kukuh, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat.

Hamisa berkata rakyat perlu mencontohi formula negara maju yang sentiasa memastikan kerajaan mereka teguh dan kuat.

“Jika generasi kini memahami perjuangan para pejuang kemerdekaan terdahulu, pasti mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika merasmikan Program Jiwa Merdeka di sini hari ini.

Program berkenaan adalah anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjong Batu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Kalabakan, di Merotai Besar, hari ini. – Bernama