Kemeriahan Aidilfitri tetap bersemarak

Kemeriahan Aidilfitri tetap bersemarak

Oleh Yusrin Junaidi dan Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Meskipun bulan Syawal masuk minggu terakhirnya namun majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin giat dianjurkan oleh pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus menghangatkan suasana kemeriahannya.

Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) tidak ketinggalan meraikan sambutan Aidilfitri hari ini bersama pelanggan-pelanggan dan rakan kongsi di Royal Berkshire, Royal Brunei Polo & Country Club, Jerudong.

Sambutan penuh warna-warni itu adalah untuk memberi peluang kepada mereka bertemu dan beramah mesra dengan kakitangan BIBD dari semua jabatan dan bahagian perbankan.

Di samping menikmati pelbagai jenis jamuan yang dihidangkan, kakitangan BIBD yang hadir dengan pakaian kebangsaan dan fesyen berwarna-warni mengalu-alukan para jemputan mereka ke majlis tersebut seterusnya mengambil peluang untuk mengukuhkan lagi ikatan yang sedia ada dengan rakan-rakan kongsi mereka.

Hadir di majlis berkenaan ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah BIBD dan penasihat Syariah.

Hajah Noraini bersama tetamu-tetamu kenamaan dalam majlis sambutan Aidilfitri BIBD kelmarin.
Hajah Noraini bersama tetamu-tetamu kenamaan dalam majlis sambutan Aidilfitri BIBD kelmarin.
Bekas-bekas Polis Wanita bergambar ramai semasa mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Hotel Jeruton, Jerudong kelmarin. – Gambar oleh Imelda Groves HA
Bekas-bekas Polis Wanita bergambar ramai semasa mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Hotel Jeruton, Jerudong kelmarin. – Gambar oleh Imelda Groves HA
Antara tetamu yang menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran BIBD di Royal Berkshire, Royal Brunei Polo & Country Club, Jerudong, kelmarin.
Antara tetamu yang menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran BIBD di Royal Berkshire, Royal Brunei Polo & Country Club, Jerudong, kelmarin.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Kewangan BIBD, Hajah Noraini binti Haji Sulaiman, selaku Timbalan Pengarah Urusan, dan pegawai serta kakitangan.

Sementara itu, sekumpulan seramai 50 orang bekas Polis Wanita turut meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sekali gus beramah mesra antara mereka dalam majlis yang berlangsung di Hotel Jeruton, Jerudong, petang ini.

Acara yang dihadiri oleh isteri kepada Mantan Pesuruhjaya Polis Brunei, Datin Pengiran Hajah Saripah binti Pengiran Haji Zaini.

Majlis seumpamanya yang diadakan buat tahun kedua ini dikelolakan atas inisiatif Korporal (B) Zabidah binti Haji Yahya yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan bekas-bekas polis wanita dan seterusnya berkongsi kenangan silam.

Acara dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah beramai-ramai diikuti dengan ramah mesra, sesi bergambar ramai dan seterusnya menikmati jamuan.

ARTIKEL YANG SAMA