Kemeriahan dirasakan bersama

Kemeriahan dirasakan bersama

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 16 Ogos – Hari terakhir Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Brunei, hari ini, tetap meriah diraikan dengan harapan untuk terus mengeratkan hubungan silaturahim bukan saja sesama umat Islam malahan bersama kalangan masyarakat bukan Islam.

Syarikat UES Health Farm (B) Sdn Bhd turut tidak ketinggalan menyemarakkan hari terakhir sambutan Hari Raya, hari ini, yang diselajurkan dengan sambutan ulang tahun penubuhan syarikat itu yang baru-baru ini, terkenal dengan pengeluaran produk AMLIFE.

Majlis yang diadakan di salah sebuah restoran terkemuka di Kampung Pandan 7 itu telah dihadiri oleh lebih 100 orang termasuk mereka yang pernah menerima rawatan percuma di Pusat Rawatan UES di Kampung Pandan, di sini, yang turut membawa ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

Dalam majlis itu, UES turut menampilkan beberapa testimoni daripada pesakit-pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kanser, jantung, buasir kronik dan sebagainya, yang sudah hampir berputus asa dengan hidup mereka, tetapi telah menemukan jalan kejayaan apabila mereka sembuh setelah menghadiri rawatan secara percuma Produk AMLIFE di Pusat Rawatan UES di Pandan 7 di sini.

Antara yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya dan Ulang Tahun Syarikat UES Health Farm (B) Sdn Bhd di restoran terkenal di Kampung Pandan, Kuala Belait.
Antara yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya dan Ulang Tahun Syarikat UES Health Farm (B) Sdn Bhd di restoran terkenal di Kampung Pandan, Kuala Belait.

Pengurus Cawangan Belait, UES Health Farm (B) Sdn Bhd, Dayang Irene Lee Peck Hia memberitahu Media Permata, majlis tersebut juga untuk membantu menggembirakan para pelanggan mereka yang sering datang ke pusat rawatan mereka, di samping acara tahunan mereka.

Majlis turut diceriakan lagi cabutan bertuah di mana para tetamu berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah yang menarik, di samping menikmati berbagai-bagai jamuan istimewa, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih syarikat itu kepada pelanggan mereka.

Berbagai aktiviti hiburan turut diadakan, seperti meniup belon oleh pasangan suami isteri, teka-teki dan sebagainya. Ia bukan sahaja acara pengisi waktu tetapi membawa makna untuk menyuntik rasa kebahagiaan kepada setiap yang hadir, untuk sama-sama dapat bergelak-ketawa dan tersenyum gembira.

ARTIKEL YANG SAMA