Kemeriahan Festival Tutong

Kemeriahan Festival Tutong

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG – Tatangan Sungai Tutong, dibanjiri oleh orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan Festival Perayaan 69 yang penuh dengan berwarna-warni dan meriah.

Acara kemuncak festival yang diadakan baru-baru ini, diikuti dengan perbarisan lalu oleh 19 buah pasukan yang melibatkan lebih 500 peserta termasuk pasukan perarakan tanglong daripada agensi Kerajaan, mukim-mukim, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, puak dan masyarakat Daerah Tutong, persatuan-persatuan, penuntut-penuntut sekolah Menengah, ahli-ahli Sukarelawan Daerah Tutong, dan belia-beliawanis.

Semasa acara perarakan tanglong dijalankan, acara perarakan tersebut juga dimeriahkan lagi dengan persembahan silat, tarian dan kebudayaan daripada peserta-peserta tanglong dan perarakan.

Selain itu, acara yang turut menarik perhatian para pengunjung ialah perarakan ‘cucul’ di air daripada 6 buah pasukan yang terdiri daripada pasukan Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Bandaran Tutong, Mukim dan Kampung Zon 1 Daerah Tutong, Mukim dan Kampung Zon 2 Daerah Tutong, masyarakat Tiong Hwa dan Sukarelawan Daerah Tutong. Malam tersebut diakhiri dengan persembahan bunga api di kawasan mercu Tanda Sungai Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan Festival Perayaan 69 pada malam tadi ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin.
Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan Festival Perayaan 69 pada malam tadi ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin.

pgm3_150831_b

Beberapa perarakan dan persembahan kebudayaan juga turut terlibat.
Beberapa perarakan dan persembahan kebudayaan juga turut terlibat.

Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan Festival Perayaan 69 pada malam tadi ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.

Festival Perayaan Daerah Tutong ini juga melibatkan gerai-gerai jualan, jualan produk-produk Kampung serta syarikat-syarikat Swasta di Daerah Tutong.

Di antara perahu berhias yang turut dipamerkan.
Di antara perahu berhias yang turut dipamerkan.
Persembahan dan perarakan dalam Festival Perayaan 69 tersebut.
Persembahan dan perarakan dalam Festival Perayaan 69 tersebut.
Persembahan bunga api turut menyerikan festival berkenaan.
Persembahan bunga api turut menyerikan festival berkenaan.

Acara kemeriahan musim perayaan

Festival Perayaan ini adalah salah satu acara keraian sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-69 tahun bagi Daerah Tutong.

Acara ini setentunya bertujuan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Perayaan di Daerah Tutong disamping menggalakkan dan meningkatkan orang rama serta peniaga-peniaga kecil dan sederhana di daerah ini untuk ikut serta dalam acara-acara sambutan perayaan, serta menghidupkan lagi suasana malam di Pekan Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA