Kemeriahan Raya dirasakan bersama

Kemeriahan Raya dirasakan bersama

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Walaupun bulan Syawal kini sudah berada pada hari-hari terakhir, namun kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih dirasakan dengan pelbagai sambutan dan majlis rumah terbuka.

Ini tidak terkecuali bagi Unit Pengurusan Bandar, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan yang mengadakan pejabat terbuka yang berlangsung di unit berkenaan di ibu negara hari ini.

Pada menyerikan lagi sambutan itu, pelbagai acara diadakan termasuk sesi ramah mesra bersama warga Unit Pengurusan Bandaran dan unit-unit di bawah jabatan berkenaan, nyanyian, peraduan dan cabutan bertuah telah diadakan.

Majlis seumpama ini juga diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan unit berkenaan dengan unit lain.

Gambar raya warga Unit Pengurusan Bandar.
Gambar raya warga Unit Pengurusan Bandar.