Kemeriahan sambutan Hari Raya KBSentral

Kemeriahan sambutan Hari Raya KBSentral

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 1 Ogos – Pusat Membeli-Belah KBSentral, hari ini, juga tidak ketinggalan memeriahkan hari-hari terakhir Syawal dengan mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi warga jabatan-jabatan di bawah pusat membeli-belah berkenaan dan juga Hotel Garden Sentral, di sini. Selain menikmati jamuan yang telah disediakan, suasana sambutan turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik.

Di samping itu, beberapa orang warga di bawah jabatan-jabatan KBSentral turut menghiburkan majlis dengan mempersembahkan nyanyian lagu-lagu raya dan lagu popular di hadapan rakan-rakan mereka secara langsung.

Dalam ucapannya, Pengurus Am KBSentral, Dayang Abby Lim, merakamkan rasa gembira dan penghargaan kepada mereka yang hadir terutama sekali pada musim perayaan.

Antara yang menghadiri majlis sambutan Hari Raya bersama warga KBSentral baru-baru ini.
Antara yang menghadiri majlis sambutan Hari Raya bersama warga KBSentral baru-baru ini.

Menurutnya, ia sebagai bukti ikatan yang kuat dan kukuh di antara setiap jabatan dan kakitangan pusat membeli-belah itu, dan beliau percaya KBSentral akan maju setapak ke hadapan lagi ke arah kejayaan sebagai pusat membeli-belah yang benar-benar menyokong tema ‘keluarga’ dan juga berfungsi untuk menggalakkan KBSentral sebagai ‘A Great Place To Be’.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada beberapa orang kakitangannya yang menerima Anugerah Pekerja Terbaik bagi bulan ini.

Dalam pada itu, beliau kemudiannya telah mengajak orang ramai yang hadir untuk sama-sama menyanyikan lagu hari jadi kepada mereka yang menyambut hari lahir mereka pada bulan Mei, Jun dan Julai, sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah serta hadiah-hadiah pakaian terbaik lelaki dan wanita di majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA