Kemeriahan Sambutan Hari Raya

Kemeriahan Sambutan Hari Raya

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Bulan Syawal telah memasuki hari ketujuh dan kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus dirasakan terutamanya dengan majlis-majlis sambutan yang diadakan oleh pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan.

Turut memeriahkan sambutan pada hari ini ialah Pejabat Peguam Negara yang telah mengadakan Majlis Berhari Raya Bersama Yang Berhormat Peguam Negara di Dewan Jubli Emas Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Majlis pagi tadi itu dihoskan oleh Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh.

Hadir pada majlis itu ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammad Al-Mokhtar bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati semasa hadir di majlis itu.
Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati semasa hadir di majlis itu.

p05-2_20160713

Antara yang hadir di majlis tersebut.
Antara yang hadir di majlis tersebut.

Juga hadir ialah Peguam Cara Negara dan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohammad Juanda bin Haji Abdul Rashid serta para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.

Majlis itu bertujuan untuk sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri bagi semua pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara dalam memupuk perasaan muhibah dan mengeratkan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan di pejabat berkenaan bersempena di bulan Syawal ini.

ARTIKEL YANG SAMA