Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina masih dirasai

Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina masih dirasai

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Sambutan Tahun Baru Cina bagi Persatuan Pelajar-pelajar Brunei di Taiwan, hari ini, yang berlangsung di Hotel Parkview, Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah wakil bagi Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei ke Negara Brunei Darussalam, Jason C. H. Wan.

Antara tujuan majlis berkenaan diadakan adalah bagi menyambut Sambutan Tahun Baru Cina, di samping itu untuk mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli persatuan dan juga para pelajar.

Jason C. H. Wan selaku tetamu kehormat ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Jason C. H. Wan selaku tetamu kehormat ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Pada majlis berkenaan, pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan majlis, antaranya pemberian anugerah cemerlang kepada anak-anak ahli persatuan yang beroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Tahun 2, Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Tahun 7 dan juga Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada para pelajar Taiwan ke Brunei, dan juga peraduan teka-teki sebelum para tetamu menikmati jamuan yang disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA