Kemeriahan Sekolah Menengah Chung Hwa sambut HK ke-32

Kemeriahan Sekolah Menengah Chung Hwa sambut HK ke-32

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Pelajar-pelajar tadika Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan turut sama-sama memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan (HK) ke-32 dengan mengadakan perarakan yang diadakan di sekolah tersebut, hari ini. Sebelum berarak di kawasan sekolah, murid-murid terlebih dahulu mendengar taklimat ringkas mengenai kepentingan Hari Kebangsaan.

Mereka diberi bendera untuk dikibarkan sambil berarak di sekitar kawasan sekolah. Selain Sambutan Hari Kebangsaan, murid-murid tadika berkenaan turut meraikan Chap Goh Meh (hari terakhir Tahun Baru Cina) dengan menyanyikan beberapa lagu dan membaca puisi.

Semangat patriotik yang ditonjolkan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar tadika di Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan.
Semangat patriotik yang ditonjolkan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar tadika di Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan.

ARTIKEL YANG SAMA