Kemeriahan TBC di Sekolah Chung Hwa

Kemeriahan TBC di Sekolah Chung Hwa

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 18 Feb – Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina (TBC) masih lagi dirasai dengan Sekolah Chung Hwa Kiudang turut tidak ketinggalan untuk meraikannya di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Hadir pada acara tersebut ialah Guru Besar Sekolah Chung Hwa Kiudang, Leong Yueh Moi yang dalam ucapan alu-aluannya mengatakan sambutan Tahun Baru Cina itu merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah berkenaan, dengan kerjasama warga sekolah serta pembabitan ibu bapa bagi meningkatkan lagi hubungan silaturahim di samping dapat meningkatkan lagi kemajuan murid-murid sekolah.

pg11_160219_b

Leong Yueh Moi juga menjelaskan beliau sangat berbangga dan berbesar hati dengan kemajuan PSR yang dicapai oleh murid-murid sekolah berkenaan dan berharap sekolah tersebut akan sentiasa maju dan berjaya pada masa akan datang. Sambutan Tahun Baru Cina (TBC) itu kemudian dimeriahkan lagi dengan persembahan murid-murid dari Kindergarten 1 hingga 3, dan diikuti lagi dengan persembahan tradisi pada masyarakat Tiong Hwa iaitu persembahan tarian Singa dan Naga oleh para pelajarnya dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Pada masa ini, seramai 114 murid-murid menuntut di Sekolah Chung Hwa Kiudang yang terdiri daripada puak Dusun, Melayu dan Cina.

ARTIKEL YANG SAMA