Kemeriahan Ulang Tahun Ratu Elizabeth II ke-90

Kemeriahan Ulang Tahun Ratu Elizabeth II ke-90

WINDSOR, United Kingdom, 21 April – Britain hari ini meraikan hari jadi ke-90 Ratu Elizabeth II, bersama dengan anak sulungnya Putera Charles dalam suatu siaran radio khas dan Perdana Menteri, David Cameron mengetuai penghormatan parlimen.

Keseronokan dan kemeriahan boleh dilihat di bandar kecil Windsor, barat London, dengan bendera-bendera khas diletakkan di jalan-jalan dan kedai-kedai yang menjual cenderamata berupa teh dan kek sama-sama meraikan hari yang bersejarah itu.

Sebaik anggota tentera bersenjata membuat kawalan kehormatan dengan melepaskan tembakan di London, Baginda Ratu Elizabeth telah melancarkan plak di Windsor bagi pusat lawatan pejalan kaki tempatan yang baru dan membakar suar yang pertama dari beratus-ratus suar yang dinyalakan di seluruh kerajaan.

Istana Buckingham telah mengeluarkan tiga gambar rasmi keluarga diraja yang diambil oleh jurugambar selebriti AS, Annie Leibovitz. Mereka membuat pengambaran di Istana Windsor, di mana ianya menjadi tuan rumah kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Wanita Pertama Michelle Obama pada Jumaat.

Ratu Elizabeth juga telah mengambil gambar dengan empat anjing kesayangannya – Willow, Candy, Vulcan dan Holly – di luar istana pada zaman pertengahan, dan bersama anak perempuannya Puteri Anne di tempat berasingan.

Ratu Elizabeth II Britain (Kanan) menerima sejambak bunga selepas berangkat dari melawat pos pejabat Pos Diraja di Windsor, barat London, pada Rabu lalu, bersempena ulang tahun ke-500 daripada Perkhidmatan Pos. – AFP
Ratu Elizabeth II Britain (Kanan) menerima sejambak bunga selepas berangkat dari melawat pos pejabat Pos Diraja di Windsor, barat London, pada Rabu lalu, bersempena ulang tahun ke-500 daripada Perkhidmatan Pos. – AFP

Baginda juga telah dikelilingi oleh beberapa ahli-ahli bongsu daripada keluarga diraja, termasuk yang berusia dua tahun yang cucunda baginda, Mia Tindall, yang ditunjukkan memegang satu beg tangan dengan tanda ratu.

Orang ramai telah berkumpul di Windsor pada Rabu bagi mengucapkan selamat hari jadi kepada Ratu. Orang ramai juga mengibarkan bendera British yang disambut Ratu, yang memakai pakaian merah jambu, bersama suaminya yang berusia 94 tahun, Putera Philip, semasa mereka melawat pejabat Post Diraja di mana dua daripada kakitangan tersebut memberikan ucapan nyanyian “Selamat Hari Jadi”. – AFP