Kemerosotan global bayangi pameran udara S’pura

Kemerosotan global bayangi pameran udara S’pura

SINGAPURA, 14 Feb – Ketua-ketua aeroangkasa berhimpun bagi Pameran Udara Singapura minggu ini, berdepan tekanan ketika mereka menyeimbangkan kebimbangan meningkat atas permintaan pesawat dan juga mengekalkan rekod rancangan sejajar dengan visi mereka.

Kebimbangan mengenai kesan satu kemerosotan ekonomi global dan ketegangan di Laut China Selatan membayangi acara dua tahun sekali itu di Singapura yang menjadi hab komersial pelancongan dan juga tempat bagi angkatan udara terbaik dan berpotensi Asia Tenggara.

Buat masa sekarang, lalu lintas udara terus meningkat pesat, dirangsang oleh pertumbuhan berterusan dalam pendapatan isi rumah ASEAN, manakala syarikat penerbangan meraih keuntungan daripada harga minyak yang rendah.

Namun saham industri aeroangkasa menurun sejajar dengan merosotnya pasaran global, penganalisis semakin kerap mempersoalkan kemapanan kitaran perluasan aeroangkasa yang kini dalam tahun ke-8nya.

Selepas pameran kurang menyerlah di Dubai dalam November, ekspo kumpulan industri itu kini memasuki rantau Asia Tenggara yang penting tanpa atmosfera karnival berbanding tahun lalu.

Pasukan aerobatik Black Eagles Korea Selatan menunjukkan persembahan udara semasa previu di Pameran Udara Singapura di pusat pameran Changi, Singapura, 14 Februari. Pameran Udara Singapura 2106 bermula pada 16-21 Februari. – AFP
Pasukan aerobatik Black Eagles Korea Selatan menunjukkan persembahan udara semasa previu di Pameran Udara Singapura di pusat pameran Changi, Singapura, 14 Februari. Pameran Udara Singapura 2106 bermula pada 16-21 Februari. – AFP

“Semua memikirkan bahawa ia tidak lagi satu industri kitaran. Kita menghadapi kitaran ke bawah,” kata konsultan aeroangkasa Jerrold Lundquist yang juga pengarah urusan The Lundquist Group.

“Namun saya tidak fikir akan ada impak dalam masa 18-24 bulan akan datang. Ia mungkin melebihi 24 bulan kemudian, baru anda akan lihat sedikit kekendurannya.”

Asia Tenggara merupakan salah satu pemacu utama industri itu dan membuat satu tempahan mencatatkan rekod dalam masa beberapa tahun kebelakangan, membawa kepada spekulasi terlebih kapasiti.

Beberapa syarikat penerbangan, termasuk Philippine Airlines dijangka memperoleh pesawat baru minggu ini.

Namun berbanding mengira tempahan baru, penganalisis mengatakan kebimbangan utama pelabur minggu ini adalah untuk memeriksa tanda-tanda kekurangan perjalanan atau permintaan pesawat dan sama ada satu rangkaian bekalan berlebihan adalah dalam bahaya menggelembung ketika pengilang bekerja keras untuk menjadikan tunggakan tempahan yang mencatatkan rekod menjadi satu penghantaran yang lancar alirannya.

“Kami akan terus memantau laluan udara tahun ini untuk melihat jika kita boleh mengesan tanda-tanda kelemahan,” kata ketua konsultan di syarikat berpusat di UK Flightglobal Ascend, Rob Morris. -Reuters

ARTIKEL YANG SAMA