Kemerosotan L...

Kemerosotan Leicester City sukar dipercayai – Claudio Ranieri

SWANSEA, 13 Feb – Claudio Ranieri mengakui bahawa Leicester City tidak lagi boleh mengalami kekalahan berterusan selepas juara Liga Perdana itu tewas 2-0 di Swansea City, menyebabkan mereka hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

Pemain pertahanan Swansea, Alfie Mawson dan Martin Olsson menjaringkan gol di separuh masa pertama di Stadium Liberty bagi melanjutkan kekalahan Leicester kepada lima kekalahan berturut-turut dan kekalahan ke-14 dalam kempen ini.

Pengurus Leicester, Ranieri, telah menyaksikan pasukannya mengharungi enam perlawanan liga tanpa menjaringkan sebarang gol dan dia sedar bahawa sesuatu perlu diubah jika mereka mahu kejuaraan bersejarah mereka tidak diikuti dengan penyingkiran bersejarah.

“Saya mahu memulakan ‘musim baru’ hari ini, tetapi ia masih masa. Ia memang tidak disangka,” kata warga Itali itu.

“Kami bermula dengan baik, tetapi dua percubaan mereka ke gawang menjadi gol. Ia sukar untuk bangkit daripada kedua gol itu. Ia memang tidak disangka.

Kapten Leicester City, Wes Morgan (kiri) dan Jamie Vardy meninggalkan padang dengan kecewa selepas tewas kepada Swansea City dalam aksi Liga Perdana di Stadium Liberty. – AP
Kapten Leicester City, Wes Morgan (kiri) dan Jamie Vardy meninggalkan padang dengan kecewa selepas tewas kepada Swansea City dalam aksi Liga Perdana di Stadium Liberty. – AP

“Kami mempunyai dua masalah: dibolosi dan gagal menjaringkan gol. Kami perlu berbincang bersama untuk mencari jalan penyelesaian. Mustahil untuk berterusan begini.”

Ranieri, mendapat sokongan penuh daripada pemilik kelab dari Thailand, menyatakan bahawa Swansea lebih menunjukkan semangat untuk berjuang, dia percaya nasib tidak menyebelahi pasukannya.

“Mesin tidak rosak, tetapi jika anda tidak bermain di tahap maksimum, ia satu perjuangan sukar. Mereka lebih berazam kuat berbanding kami, itu perkara sebenar,” katanya.

“Kami bersatu. Kami bekerjasama dengan baik dalam latihan, tetapi kami memerlukan sedikit nasib untuk menaikkan keyakinan.

“Ia hanya memerlukan saat yang tempat untuk menterbalikkan semua ini.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA