Kemerosotan $SG jejas kuasa membeli

Kemerosotan $SG jejas kuasa membeli

SINGAPURA, 17 April – Kelemahan dolar Singapura susulan langkah Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melonggarkan dasar kewangan mempunyai kesan terhadap kuasa membeli rakyat Singapura yang membeli barangan import di sini dan melancong ke luar negara.

Ini kerana kelemahan dolar Singapura bermakna jumlah mata wang asing yang akan diperolehi adalah lebih rendah berbanding beberapa bulan lalu.

MAS mengejutkan pasaran kelmarin apabila ia melonggarkan dasar kewangan kepada neutral bagi dolar Singapura, berbanding dasar membenarkan dolar Singapura meningkat sederhana dan bertahap-tahap.

Pengumuman itu menyebabkan dolar Singapura menjunam lebih 1 peratus kepada $1.36 berbanding dolar Amerika kelmarin. Tetapi, ia meningkat semula kepada $1.3590 semalam.

Akhbar Berita Harian memetik Ketua Kajian Mata Wang Asing Kumpulan Maybank, Saktiandi Supaat sebagai berkata kuasa membeli rakyat Singapura akan terjejas ekoran langkah MAS itu.

ARTIKEL YANG SAMA