Kemewahan 300C seiring teknologi baru

Kemewahan 300C seiring teknologi baru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Chrysler sekali lagi membawa kejutan kepada pelanggannya apabila Syarikat GHK Motors Sdn Bhd telah memperkenalkan Chrysler versi terbaru model 300C untuk pasaran Negara Brunei Darussalam.

Sebagai usaha untuk memperkenalkan 300C kepada umum, Syarikat GHK Motors hari ini telah menjemput media tempatan untuk menjalani uji pandu yang diadakan dari Ding Tea di Beribi.

Model tahun 2017 ini tampil sebagai pengganti kepada model 300C tahun 2012 dengan transmisi automatik 8-kelajuan menggunakan Rotary Selector yang hanya memerlukan pemandu memutarkan tombol untuk menukar gear.

Pelatih dan Teknikal GHK Motors Sdn Bhd, Dedi Rusmiadi berkata, model terbaru 300C kali ini dimuatkan dengan teknologi SRT enjin petrol Pentastar V6 3.0 liter dengan kuasa rendah berbanding model sebelumnya yang digerakkan oleh enjin 3.6 liter.

Walaupun kekurangan dari segi kuasa kudanya tetapi penggunaan minyak dipertingkatkan dengan teknologi terbaru Chrysler.

Eksekutif Pemasaran Chevrolet Brunei, Dayang Nurnadzirah Anati binti Abdul Rahim mengalu-alukan kedatangan media sebelum uji pandu dijalankan.
Eksekutif Pemasaran Chevrolet Brunei, Dayang Nurnadzirah Anati binti Abdul Rahim mengalu-alukan kedatangan media sebelum uji pandu dijalankan.

pg08_160908_c

Jeriji bahagian depan model ini disaluti warna krom-platinum seperti model sebelumnya sebagai tanda mewah jenama Chrysler.

Bahagian dalaman khasnya pada panel depan, cluster bow dan panel sisi Chrysler 300C disaluti kulit Mochachino Poltrona Frau ‘Foligno’.

Dari segi keselamatan pula, model baru Chrysler 300C ini dilengkapi sistem ISOFIX untuk keselamatan kanak-kanak, beg udara termasuk untuk penjagaan lutut, sensor pejalan kaki, sistem Cruise Control, ABS dan bantuan henti di atas bukit.

Kereta ini telah menerima anugerah rating tertinggi oleh Institute for Highway Safety (IIHS) kerana Sistem Kawalan Kestabilan yang benar-benar membantu mengurangkan risiko kemalangan.

ARTIKEL YANG SAMA