Kemiskinan meningkat di negara maju

Kemiskinan meningkat di negara maju

GENEVA, 19 Mei (dpa) – Sistem kebajikan tidak dapat menahan kemiskinan yang meningkat di negara-negara maju, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (IILO) berkata hari ini, dengan menekankan tahap pengangguran berterusan dan trend ke arah pekerjaan sambilan dengan pembayaran gaji rendah.

Di negara-negara Eropah, 17.2 peratus penduduk adalah miskin dalam tahun 2014, meningkat dari 16.5 peratus pada tahun 2015, menurut data terkini yang diperolehi.

Kadar kemiskinan di AS meningkat dari 23.8 kepada 24.6 peratus ketika tempoh ini.

“Di kebanyakan negara maju, perlindungan sosial tidak lagi dapat mengimbangi jurang pendapatan orang miskin yang bekerja,” kata Guy Ryder, ketua badan buruh PBB yang beribu pejabat di Geneva.

Sejak krisis ekonomi sejagat 2008, pekerjaan sepenuh masa telah berkurang manakala pekerjaan sambilan telah menambah bilangan mereka yang mempunyai pekerjaan tetapi jauh di bawah garisan kemiskinan, ILO berkata dalam laporan pekerjaan sejagat tahunannya.

Rakyat AS menghadiri pesta kerjaya bagi mendapatkan pekerjaan. – AFP
Rakyat AS menghadiri pesta kerjaya bagi mendapatkan pekerjaan. – AFP

Trend di negara-negara kaya berbeza dengan kebanyakan negara sedang maju dan yang baru berkembang, yang mana tahap kemiskinan telah jatuh dalam tempoh dua dekad lalu.

Bahagian mereka yang berpendapatan kurang 3.10 dolar sehari di negara-negara seumpama itu menurun dari 67 kepada 36 peratus antara tahun 1990 dan 2012.

Disebabkan China dan India, kadar kemiskinan jatuh terutamanya di Asia, negara-negara Amerika Latin juga menyaksikan kejatuhan mendadak.

Kemajuan adalah kurang di negara-negara Afrika. Hampir dua pertiga orang di benua itu terus hidup dalam kemiskinan.

“Meskipun kemajuan dibuat, perolehan masih rapuh,” ILO memberi amaran.

Bahagian besar orang ramai yang mampu untuk keluar dari kemiskinan masih hanya mempunyai beberapa dolar untuk dibelanjakan setiap hari, ia menegaskan.

Selain itu gambaran ekonomi di Asia, Amerika Latin dan rantau Arab telah menurun dan negara-negara yang kaya dengan hasil sumber berdepan dengan harga rendah komoditi, menurut ILO.

ARTIKEL YANG SAMA