Kempen amalkan minum air diteruskan

Hajah Noordini menyampaikan kata alu-aluannya di Kempen Lakas Tah Minum Air Kosong 2018 yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Pintu Malim.

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Sebagai usaha untuk menggalakkan pengambilan air kosong dalam kalangan murid dan warga sekolah sebagai pilihan minuman yang sihat, Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan dengan kerjasama pelajar-pelajar penempatan Universiti Brunei Darussalam meneruskan Kempen Lakas Tah Minum Air Kosong 2018 di Sekolah Rendah Pintu Malim, kelmarin.

Kempen yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Pintu Malim itu, dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Pintu Malim, Hajah Noordini binti Haji Tuah yang berkata bahawa sekolahnya merupakan salah sebuah sekolah rintis yang terpilih dalam kempen minum air bagi 2018 dan pihaknya menyambut baik kempen berkenaan.

Beliau juga berkata bahawa kempen itu amat bermanfaat serta mampu untuk memberikan kesedaran kepada para murid mengenai kepentingan minum air kepada kesihatan dan meningkatkan kesedaran itu di kalangan diri mereka di bangku sekolah lagi. (Klik di sini untuk cerita lanjut)