Kempen bebas cedera tangan, jari

Kempen bebas cedera tangan, jari

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 27 Nov – Sebagai usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangannya tentang pentingnya menjaga keselamatan tangan dan jari, Pasukan ‘Zero Red Maintenance’ Syarikat Sahid Sdn Bhd bersama Pasukan East Maintenance & Integrity (EMI), Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), baru-baru ini, telah melancarkan Kempen Bebas Kecederaan Tangan dan Jari.

Kempen tersebut dianjurkan oleh Pasukan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) Syarikat Sahid dengan diketuai oleh Pegawai Penyelaras HSE, Howell Idaniol dan Pegawai Kanan HSE, Dayang Farah binti Othman dengan sokongan daripada kedua-dua pasukan Syarikat Sahid dan EMI daripada BSP.

Sejak beberapa bulan lalu, kecederaan tangan dan jari amat dititikberatkan, apabila ia menjadi salah satu kejadian yang tertinggi dicatatkan. Selaras dengan itu, inisiatif kempen itu dilaksanakan bagi memastikan Syarikat Sahid mengutamakan keselamatan terutamanya pada tangan dan jari.

Acara kemuncak meletakkan cap tangan ke atas kain rentang sebagai tanda komitmen ke atas Kempen Bebas Kecederaan Tangan dan Jari.
Acara kemuncak meletakkan cap tangan ke atas kain rentang sebagai tanda komitmen ke atas Kempen Bebas Kecederaan Tangan dan Jari.
Pasukan ‘Zero Red Maintenance’ bergambar ramai bersama Pasukan EMI dan pegawai serta kakitangan syarikat.
Pasukan ‘Zero Red Maintenance’ bergambar ramai bersama Pasukan EMI dan pegawai serta kakitangan syarikat.

Perasmian kempen tersebut telah dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah Urusan Syarikat Sahid Sdn Bhd, Pengiran Haji Adanan bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, diikuti kemudiannya ucapan daripada Pengurus Kontrak ZRM, Remar M Caballero serta beberapa orang pegawai kanan lainnya.

Acara kemuncak majlis perasmian kempen ialah meletakkan cap tangan ke atas kain rentang dihasilkan khas yang dihiasi dengan gambar orang-orang tersayang, dalam kalangan keluarga mereka, sebagai tanda simbolik menunjukkan komitmen mereka ke arah kempen itu.

ARTIKEL YANG SAMA