Kempen Benitez bermula hambar

Kempen Benitez bermula hambar

MELBOURNE, 19 Julai – Rafa Benitez memulakan kempen pengurusannya hambar setelah tewas ke atas pasukan AS Roma dalam sepakan penalti 7-6 dalam perlawanan persahabatan pra-musim kelmarin.

Apabila kedua-dua pasukan tidak berjaya menjaringkan sebarang gol setelah wisel penamat ditiup di depan 80,746 penyokong di Melbourne Cricket Ground, Seydou Keita menyudahkan penalti kemenangan di perlawanan Kejohanan Juara-juara Antarabangsa setelah Lucas Vasquez gagal menyudahkan sepakan penaltinya.

“Saya rasa ia adalah perlawanan yang baik,” Benitez, yang telah menggantikan Carlo Ancelotti setelah gergasi La Liga itu berkesudahan tanpa sebarang trofi musim lalu, memberitahu para wartawan.

“Kamu boleh melihat seri tetapi kami mempunyai beberapa peluang pada permulaan perlawanan. Anda tidak boleh mengharapkan selepas lima hari (bersama-sama) bermain dengan tempo yang tinggi. “

Roma mendapat peluang terbaik mereka apabila rembatan dalam petak gol Daniele De Rossi terkena palang di minit ke-3.

Chritiano Ronaldo (kanan) cuba merebut bola daripada Francesco Totti dalam perlawanan tersebut. - AFP
Chritiano Ronaldo (kanan) cuba merebut bola daripada Francesco Totti dalam perlawanan tersebut. – AFP

Benitez memulakan Gareth Bale di posisi tengah di belakang Jese dengan Christiano Ronaldo di sebelah kiri, walaupun kombinasi ini sangat mengancam, tetapi masih kekurangan sentuhan penyudah.

Bale meledakkan satu sepakan di atas palang setelah minit ke-6 dan sepakan Sergio Ramos, yang memakai sarung tangan ketua pasukan setelah pemergian Iker Casillas baru-baru ini juga tersasar tiga minit kemudian.

Pengganti Casillas, Keylor Navas, terpaksa membuat satu penangkapan kemas di minit ke-30, melompat ke arah kanan untuk mencapai sarung tangannya pada voli Salih Ucan setelah menerima sepakan sudut daripada ketua pasukan Francesco Totti.

Berkeras untuk mencari gol setelah gagal di separuh masa pertama, Bale membuat percubaan tendangan lipat di kawasan tersebut tetapi hanya mendapat faul ke atas bekas pemain pertahanan England Ashley Cole.

Bale mencuba lagi dengan membuat tandukan di minit ke-8 di separuh masa kedua tetapi usahanya tidak berhasil sebelum dia digantikan.

Karim Benzema, yang menggantikan Ronaldo pada rehat separuh masa pertama, mensia-siakan peluang di tengah petak gol selepas tendangannya melambung jauh ke atas setelah menerima hantaran tepat daripada pemain sayap Rusia Denis Cheryshev.

Perlawanan disudahkan dengan beberapa tendangan yang tergesa-gesa, dengan sepakan Vasquez yang menggantikan Bale berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Bogdon Lobont. – Reuters