Kempen bersihkan masjid 14 Oktober

Kempen bersihkan masjid 14 Oktober

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), memaklumkan bahawa Kempen Kebersihan Masjid, Surau dan Balai Ibadat Senegara sempena Sambutan Awal Tahun 1437 Hijrah di keempat-empat daerah pada 14 Oktober ini bermula 6:45 pagi.

Menurut kenyataan dikeluarkan KHEU, di Daerah Brunei dan Muara, kempen akan diadakan di Masjid Kampung Limau Manis dan Masjid Kampung Belimbing Subok, Daerah Tutong di Masjid RPN Kampung Bukit Beruang, Daerah Belait di Masjid Kampung Sungai Teraban, dan Daerah Temburong akan diadakan di Masjid RPN Kampung Rataie.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi bersama-sama berganding bahu dan bergotong-royong melaksanakan kempen kebersihan di masjid-masjid tumpuan yang disebutkan.

ARTIKEL YANG SAMA