Kempen darurat suntikan vaksin selepas polio ditemui

Kempen darurat suntikan vaksin selepas polio ditemui

NEW DELHI, 15 Jun (dpa) – Lebih 300,000 kanak-kanak akan divaksin di bandar Hyderabad selatan India dan di sekeliling rantau itu selepas tanda-tanda virus polio telah ditemui dalam air kumbahan, kata pegawai kerajaan hari ini.

“Tanda aktif virus polio (P2) telah ditemui dalam sampel yang diambil dari loji rawatan kumbahan di Hyderabad pada 17 Mei,” kata pegawai kesihatan Telangana, G Srinivasa Rao.

Kerajaan sedang membawa sejumlah besar vaksin dari Geneva dan akan menjalankan kempen khas pintu ke pintu bermula 20 hingga 26 Jun untuk menginokulasi kanak-kanak yang berusia antara enam minggu dan tiga tahun di bandar Hyderabad dan Ranga daerah Reddy, kata Rao.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan India bebas polio pada 2014 selepas tidak ada kes dikesan sejak 13 Januari 2011.

ARTIKEL YANG SAMA