Kempen derma darah 12 Dis ini

Kempen derma darah 12 Dis ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Dis – Kumpulan Belia Persatuan Hainan Bandar Seri Begawan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan menganjurkan Kempen Menderma Darah Ke-2 pada 12 Disember ini di Dewan Tan Liang Tun, Tingkat 3, Wisma Hainan, No. 34, Simpang 5, Jalan Gadong.

Sehubungan itu, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif, Kumpulan Wanita, Kumpulan Belia, ahli-ahli persatuan dan rakan-rakan digalakkan untuk memberikan sokongan dan menderma darah dalam kempen yang akan diadakan dari pukul 10 pagi hingga 2 petang itu.

Menurut kenyataan persatuan berkenaan, pada hari itu nanti, jamuan ringan akan disajikan pada pukul 9:30 pagi dan hidangan tengah hari pada 12 tengah hari.

Menderma darah bukan sahaja sebagai sumbangan kepada masyarakat dan membantu pesakit yang memerlukan, tetapi juga pada masa yang sama, ia membawa manfaat kesihatan kepada para penderma.

ARTIKEL YANG SAMA