Kempen derma darah 25 Feb ini

Kempen derma darah 25 Feb ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) memaklumkan bahawa Kempen Derma Darah sempena Hari Kebangsaan ke-32 akan diadakan pada 25 Februari di pusat berkenaan.

Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan, kempen yang berlangsung pada jam 7 malam hingga 9 malam itu adalah bertujuan untuk menambah stok darah di pusat itu dan meningkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan menderma darah.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk datang menderma darah pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745.

ARTIKEL YANG SAMA