Kempen derma darah besar-besaran bermula hari ini

Kempen derma darah besar-besaran bermula hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), memaklumkan orang ramai mengenai pertukaran waktu operasi pada waktu malam bagi Kempen Derma Darah Besar-besaran bersempena Hari Penderma Darah Sedunia 2016 di Daerah Brunei dan Muara.

Waktu operasi bagi kempen yang akan diadakan esok (15 Jun) di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, Jalan Commonwealth Drive, Berakas dan pada 18 Jun di Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS adalah dari jam 8:30 malam hingga 10:30 malam dan 18 Jun.

Dalam pada itu, Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS turut memaklumkan bahawa atas sambutan yang menggalakkan daripada para penderma darah dan permintaan orang ramai, mereka juga telah menambah waktu beroperasi pada sebelah malam pada 16, 21, 22 dan 28 Jun di Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS dari jam 8:30 malam hingga 10:30 malam.

Manakala itu, waktu perkhidmatan pada sebelah siang sepanjang bulan Ramadan, adalah tidak berubah, yang mana waktu perkhidmatan dibukakan bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang di Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS.

Sementara itu, bagi daerah-daerah lain, kempen berkenaan akan diadakan pada 2 Julai di Kawasan Lobi, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong dari jam 8:30 malam hingga 10:30 malam; 14 Julai di KBSentral, Kuala Belait dari jam 10 pagi hingga 2 petang; dan 28 Julai di Pusat Belia Bangar, Temburong dari jam 9 pagi hingga 11:30 pagi.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan datang dan turut serta dalam kempen-kempen derma darah tersebut bagi sama-sama membantu menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan darah.

ARTIKEL YANG SAMA