Kempen Derma Darah Borneo United Enterprise

Kempen Derma Darah Borneo United Enterprise

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Lebih daripada 60 orang pegawai dan kakitangan Syarikat Borneo United Enterprise Sdn Bhd mengambil bahagian di dalam Kegiatan Amal Menderma Darah yang diadakan di Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, kelmarin.

Kempen menderma darah anjuran Syarikat Borneo United Enterprise Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah itu telah disertai oleh pegawai dan kakitangan syarikat berkenaan sebagai salah satu projek kebajikan tahunannya.

Menurut Pengarah Urusan Borneo United, Stanley Lim, kegiatan amal ini merupakan kegiatan tahunan dan kali ini merupakan kali ketiga ianya diadakan bagi tahun 2016 dengan kali pertama telah diadakan pada Januari lalu dan kali kedua pada Mac lalu di mana setiap kempen yang diadakan mendapat sambutan yang amat baik.

Stanley Lim bersama kakitangan Borneo United yang menderma darah di kempen berkenaan.
Stanley Lim bersama kakitangan Borneo United yang menderma darah di kempen berkenaan.

Katanya, syarikat tersebut telah mengadakan kempen berkebajikan itu selama lebih enam tahun sebagai sebahagian daripada kegiatan untuk menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat.

Stanley berharap kempen menderma darah itu akan diadakan pada bulan-bulan akan datang untuk membantu menambahkan lagi simpanan darah bagi kegunaan mereka yang memerlukan.

ARTIKEL YANG SAMA