Kempen derma darah Burger King Brunei dapat sambutan

Kempen derma darah Burger King Brunei dapat sambutan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Menderma darah merupakan perbuatan yang mulia kerana seseorang yang menderma darah itu tidak mengharapkan sebarang balasan khususnya dari segi kewangan ataupun material, malah perbuatan tersebut menjadi sedekah yang tidak ternilai harganya.

Sehubungan itu, dalam usaha membantu menambah jumlah simpanan darah di Pusat Simpanan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Burger King Brunei di bawah pengurusan Sinofood Express semalam telah menganjurkan kempen derma darah sempena Hari Penderma Darah Sedunia di Burger King, Citis Square.

Kempen yang dianjurkan bersama Sinofood Express dan Pusat Simpanan Darah, Kementerian Kesihatan itu telah mendapat sambutan apabila lebih 50 orang terdiri daripada orang ramai dan kakitangan Burger King tampil memberi sokongan terhadap kempen berkenaan.

Antara orang ramai yang tidak melepaskan peluang membuat derma darah pada kempen tersebut.
Antara orang ramai yang tidak melepaskan peluang membuat derma darah pada kempen tersebut.

Rombongan daripada Pusat Simpanan Darah Hospital RIPAS bersama 11 orang kakitangannya itu telah diketuai oleh Pegawai Sintafik Kanan, Ken Teo.

Kempen sedemikian merupakan sebahagian daripada inisiatif Sinofood Express dalam memberi galakan kepada orang ramai dan kakitangannya untuk sama-sama membantu menyelamatkan nyawa melalui menderma darah kerana setitis darah yang disumbangkan boleh menyelamatkan nyawa orang lain atau nyawa keluarga mahupun diri sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA