Kempen derma darah dapat sambutan

Kempen derma darah dapat sambutan

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 4 Okt – Kempen Derma Darah anjuran Unit Tabung Simpanan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) yang diadakan di Dewan Bukit Retak, Pusat Belia Temburong, hari ini, telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada orang awam.

Beberapa kakitangan RTB adalah antara yang menderma darah semasa kempen berkenaan bersama-sama kakitangan jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta orang persendirian.

Kempen ini bertujuan untuk membantu unit tabung simpanan derma darah dalam usaha menyelamat nyawa masyarakat negara yang memerlukan bantuan.

Sebahagian daripada kakitangan RTB cawangan Daerah Temburong sedang menunggu giliran untuk menderma darah dalam kempen yang diadakan di Dewan Bukit Retak, Pusat Belia Temburong.
Sebahagian daripada kakitangan RTB cawangan Daerah Temburong sedang menunggu giliran untuk menderma darah dalam kempen yang diadakan di Dewan Bukit Retak, Pusat Belia Temburong.

Selain itu, ia juga sebagai salah satu alternatif ke arah kebajikan yang dapat dilakukan oleh pihak Tabung Simpanan Darah Negara kepada masyarakat umum di samping memberi informasi dan pendidikan yang berguna serta bermaklumat tentang kesihatan, di samping sebagai langkah untuk terus menggalakkan orang ramai menderma darah sambil beramal.

ARTIKEL YANG SAMA