Kempen derma darah dapat sambutan

Kempen derma darah dapat sambutan

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – Sempena expo jualan di Kompleks Membelah Belah The Airport Mall, Berakas, Pusat Menderma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) sekali lagi mengadakan kempen menderma darah bertujuan memberi peluang kepada orang ramai tampil menabur bakti membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan, dengan menderma darah.

Penyelia Penderma Darah, Pusat Menderma Darah, Hospital RIPAS, Haji Iqmal bin Haji Ismail berkata, sambutan orang ramai terhadap kempen tersebut sangat menggalakkan.

Kempen menderma darah ini diadakan di tempat yang terbuka dan ia adalah satu usaha untuk menambahkan simpanan stok darah di RIPAS. Para pengunjung yang datang membeli belah di Airport Mall boleh menyumbangkan dengan mendermakan darah mereka.

Menurut beliau, Pusat Menderma Darah, Hospital RIPAS juga akan mengadakan kempen yang serupa esok (Rabu, 30 Disember) pada jam 10 pagi sehingga 2:30 petang  di Kompleks Membeli Belah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan pada hari Khamis, 31 Disember, kempen serupa akan diadakan di Pusat Membeli Belah The Mall Gadong mulai jam 10 pagi hingga 2:30 petang. – Faridah Haji Ibrahim

pg03_151230_e

ARTIKEL YANG SAMA