Kempen derma darah dapat sambutan

Kempen derma darah dapat sambutan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Lebih daripada 100 orang telah menyertai kempen menderma darah anjuran Indramas Sdn Bhd (Class VI Civil Contracting) yang berlangsung di Lobi SCR Xpress, Citis Square, hari ini, di sini.

Pengarah Urusan Indramas Sdn Bhd, Mohan menyatakan bahawa mendermakan darah adalah salah satu cara sumbangan yang orang ramai boleh berikan kepada golongan yang memerlukan.

Beliau juga menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada penderma-penderma darah yang berkesudian serta kepada pegawai dan kakitangan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) atas sokongan mereka begitu juga kepada pihak pengurusan SCR Xpress dan pengurusan Citis Square serta Co-coordinator Bidyut K Majumdar atas kempen yang berjaya itu.

Antara yang menderma darah di kempen berkenaan.
Antara yang menderma darah di kempen berkenaan.

Dengan sambutan yang menggalakkan, beliau juga merancang untuk mengadakan lagi kempen menderma darah di masa akan datang sebagai aktiviti syarikat.

Pengurus SCR Xpress, Florence C Naya pula melahirkan kegembiraan beliau atas kejayaan acara tersebut dan berbesar hati dapat membantu mengadakan kempen tersebut di kawasan lobi mereka.

Kempen menderma darah tersebut dijayakan dengan kerjasama Pusat Tabung Darah, Hospital RIPAS yang telah berjaya mengutip sebanyak 81 pain darah.

ARTIKEL YANG SAMA