Kempen derma darah dapat sambutan positif

Kempen derma darah dapat sambutan positif

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Seramai 50 orang telah menghadiri kempen derma darah anjuran Persatuan Warganegara Malaysia, namun selepas pemeriksaan kesihatan hanya 35 orang layak untuk menderma darah.

Kempen yang diadakan di Traders Inn, Gadong, baru-baru ini merupakan salah satu acara tahunan persatuan sebagai salah satu kaedah menyumbang dan meningkatkan bekalan Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Tujuan kempen itu diadakan adalah untuk memberikan kesedaran berterusan kepada ahli-ahli persatuan dan orang ramai mengenai pentingnya menderma darah untuk membantu menyelamatkan pesakit yang memerlukan di negara ini khususnya di Bandar Seri Begawan.

Dengan bertemakan ‘It Takes One Bag, To Save Three Lives’, kempen berkenaan juga dihasratkan akan dapat membantu pesakit-pesakit yang memerlukan di samping memberi kesihatan yang berterusan kepada para penyumbang.

Semasa kempen derma darah anjuran Persatuan Warganegara Malaysia di Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Traders Inn, Gadong, baru-baru ini.
Semasa kempen derma darah anjuran Persatuan Warganegara Malaysia di Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Traders Inn, Gadong, baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA