Kempen derma darah di KBSentral hari ini

Kempen derma darah di KBSentral hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Dalam usaha menambahkan stok darah, Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan mengadakan Kempen Derma Darah di Pusat Membeli-Belah KBSentral, esok (14 Julai) dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya mengalu-alukan orang ramai menderma darah pada kempen itu bagi sama-sama membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan pemindahan darah seperti pesakit Thalassemia, mangsa-mangsa kemalangan, ibu-ibu yang hamil dan yang melahirkan serta anak-anak damit yang lahir pramatang.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menderma darah di Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS, adalah dialu-alukan datang pada waktu bekerja.

Waktu pendaftaran bagi pendermaan dibukakan dari jam 8 pagi hingga 11:45 pagi dan sebelah petang bermula 1:30 petang hingga 4 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745 / 5709.