Kempen derma darah di Mall, Gadong malam ini

Kempen derma darah di Mall, Gadong malam ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan menganjurkan kempen menderma darah di Tingkat 1, The Mall, Gadong esok (4 Julai) mulai jam 8 hingga 10 malam.

Sehubungan itu orang ramai adalah dialu-alukan untuk sama-sama menderma darah semasa kempen berkenaan bagi menambah stok-stok darah di Pusat Pendermaan Darah sebagai persiapan menjelang musim percutian Hari Raya dan bagi sama-sama membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan pemindahan darah.

ARTIKEL YANG SAMA