Kempen derma darah di masjid

Kempen derma darah di masjid

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Sebagai komitmen untuk menghulurkan bantuan kebajikan dan khidmat bakti kepada masyarakat, Masjid Kampung Masin dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Masin telah mengadakan Kempen Menderma Darah di masjid berkenaan.

Kempen berkenaan merupakan antara aktiviti masjid setiap empat hingga enam bulan sekali yang dibukakan kepada semua penduduk kampung berdekatan dan juga orang ramai.

Penganjurannya antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung dan pihak masjid sebagai usaha berterusan untuk menabur bakti dan membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan darah.

Antara yang hadir bagi mendermakan darah masing-masing.
Antara yang hadir bagi mendermakan darah masing-masing.

Syarat-syarat untuk menderma darah termasuk tubuh badan sihat, berumur di antara 18 hingga 65 tahun untuk yang pernah menderma, antara 18 hingga 60 tahun untuk pertama kali menderma, remaja berumur 17 tahun perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga, berat badan 45kg ke atas, tidur minimum lima jam dan tiada masalah kesihatan.

Penderma mestilah mengambil makanan sebelum menderma darah, tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berisiko antaranya mengambil dadah secara suntikan, bertukar-tukar pasangan seks dan mengambil atau memakan ubat-ubatan, serta pendermaan terakhir tiga bulan lepas, manakala itu, bagi penderma wanita, mereka mestilah tidak mengandung, tidak datang haid serta tidak menyusukan anak.

ARTIKEL YANG SAMA