Kempen Derma Darah di The Mall Gadong

Kempen Derma Darah di The Mall Gadong

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2015, Kementerian Kesihatan akan mengadakan Kempen Derma Darah Besar-besaran pada 14 Julai ini di Tingkat 2, The Mall Gadong mulai jam 8.00 hingga 10.00 malam.

Kempen ini merupakan anjuran bersama The Mall, Gadong dan Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menderma darah pada tarikh, jam dan tempat yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745/5709.

ARTIKEL YANG SAMA