Kempen derma darah esok

Kempen derma darah esok

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) memaklumkan orang ramai bahawa Kempen Derma Darah akan diadakan di pusat berkenaan pada 14 Januari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, kempen yang bertujuan untuk meningkatkan stok darah di pusat berkenaan, akan bermula jam 7:30 malam hingga 9 malam.

Oleh itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menderma darah pada tarikh, jam dan tempat yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745 / 5709.

ARTIKEL YANG SAMA