Kempen Derma Darah Jabatan Bandaran

Kempen Derma Darah Jabatan Bandaran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Okt – Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), pagi tadi, telah mengadakan Kempen Derma Darah bersempena dengan sambutan memperingati Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan ke-45 tahun ini.

Kempen derma darah yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Subok dari pukul 8:30 hingga 11 pagi itu turut disertai oleh Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Pengiran Dato Paduka Haji Abd Rahman bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail.

Turut hadir ialah para pegawai dan kakitangan di jabatan berkenaan serta orang ramai, di mana seramai 65 orang telah mendermakan darah semasa kempen berkenaan.

Antara yang hadir menyertai kempen tersebut kelmarin.
Antara yang hadir menyertai kempen tersebut kelmarin.

Kempen ini merupakan tanda keprihatinan Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan dengan melibatkan penyertaan orang ramai khususnya warga bandar dalam memberikan sokongan sumbangan dan menambah stok penyimpanan darah di Hospital RIPAS yang boleh membantu menyelamatkan nyawa para pesakit yang memerlukannya.

Di samping itu, ia juga merupakan satu amalan berkebajikan dalam menanamkan sifat beramal jariah, yang mana dengan seunit darah boleh menyelamatkan nyawa dan mudah-mudahan akan dapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

ARTIKEL YANG SAMA