Kempen derma ...

Kempen derma darah JPMC 18 Feb

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) dan Fitness Zone sedang mempelawa orang ramai untuk mengambil bahagian dalam kempen menderma darah yang akan diadakan di Fitness Zone, Kiulap pada 18 Februari depan dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Anggota sukarelawan yang ingin menderma darah akan ditemu bual mengenai sejarah kesihatan individu berkenaan serta keluarga mereka.

Pemeriksaan kesihatan fizikal asas lain juga diambil kira seperti denyutan nadi, tekanan darah, suhu badan, jenis kumpulan darah dan paras haemoglobin.

Dengan kempen darah ini, JPMC berharap agar lebih ramai individu tampil daripada komuniti di negara ini untuk membantu pesakit yang memerlukan.