Kempen derma darah JPMC

Kempen derma darah JPMC

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Bersempena dengan Hari Penderma Darah Sedunia yang disambut di seluruh dunia setiap 14 Jun, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) telah menganjurkan kempen menderma darah di Hua Ho Manggis Mall, di sini.

Mengambil tempat di tingkat bawah itu, kempen yang bermula pukul 12 tengah hari hingga 3 petang itu diadakan pada tiga hari yang berbeza, dengan sesi pertama diadakan pada 27 Mei, diikuti dengan sesi kedua pada 2 Jun dan sesi ketiga pada 4 Jun yang lalu.

Kempen menderma darah tersebut telah menerima penyertaan lebih 60 orang penderma yang berminat dengan 25 orang merupakan penderma baru.

Menurut kenyataan JPMC, kempen tersebut mengalu-alukan orang ramai untuk membantu menambah jumlah darah dan seterusnya meningkatkan kesedaran dan berkongsi kepentingan menderma darah kepada masyarakat.

“Sedikit masa abiskita boleh membantu menyelamatkan nyawa orang lain,” kata Jururawat di Tabung Darah JPMC, Romeo Tanios.

Antara penderma-penderma semasa kempen tersebut.
Antara penderma-penderma semasa kempen tersebut.

pg06_160614_b

Pemeriksaan kesihatan asas juga diadakan semasa kempen itu dijalankan.
Pemeriksaan kesihatan asas juga diadakan semasa kempen itu dijalankan.

Beliau menambah, penderma darah sentiasa diperlukan dan dalam melakukannya boleh membantu masyarakat sekali gus membantu kesihatan mental dan fizikal penderma.

Sukarelawan yang ingin menderma akan disoal mengenai sejarah kesihatan mereka dan keluarga sebelum diluluskan untuk menderma.

Pemeriksaan kesihatan asas juga dipertimbangkan seperti pemeriksaan kadar nadi, tekanan darah, suhu badan, kolesterol, dan jumlah kadar haemoglobin.

JPMC dalam kenyataannya turut menyatakan harapan untuk mengadakan lebih banyak kempen seumpamanya pada masa akan datang, dengan harapan untuk menerima lebih ramai penderma darah bagi membantu pesakit yang memerlukan.

ARTIKEL YANG SAMA