Kempen derma darah Kingston dapat sambutan

Kempen derma darah Kingston dapat sambutan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Sebagai salah satu daripada kegiatan tanggungjawab sosial korporatnya serta untuk menghulur bakti kepada masyarakat, Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd mengadakan kempen menderma darah yang berlangsung di Kingston Beverage & Creamery, Perindustrian Beribi, kelmarin.

Kempen menderma darah itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada kakitangan Kingston dan keluarga di mana seramai kira-kira 100 orang telah menghadiri kempen itu dan daripada jumlah itu, sebanyak 45 beg darah telah berjaya dikutip.

Kempen yang merupakan kegiatan kebajikan tahunan yang dilaksanakan oleh syarikat itu sebagai salah satu khidmat bakti kepada masyarakat bermula dari awal pagi hingga pukul 12 tengah hari.

Para kakitangan Syarikat Kingston dan keluarga yang sama-sama menghulurkan bantuan menderma darah di kempen itu.
Para kakitangan Syarikat Kingston dan keluarga yang sama-sama menghulurkan bantuan menderma darah di kempen itu.

Menurut Kumpulan Menderma Darah Pusat Perubatan Jerudong Park, jumlah yang dikutip menerusi kempen menderma darah yang diadakan di Kingston merupakan jumlah terbanyak yang pernah dikutip sejak mereka memulakan perkhidmatan itu.

Menurut mereka lagi, secara purata, kumpulan berkenaan akan berjaya untuk mengutip sebanyak kira-kira 30 beg darah pada setiap sesi menderma darah.

Dalam hubungan itu, pihak Kingston menyatakan penghargaan kepada semua pihak khususnya kepada para penderma darah yang telah menghulurkan bantuan serta menjayakan kempen penuh kebajikan itu.

ARTIKEL YANG SAMA