Kempen derma darah KPSSU

Kempen derma darah KPSSU

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Dalam usaha menggalakkan pegawai dan kakitangannya tampil ke hadapan dalam sama-sama menderma darah bagi membantu Pusat Pendermaan Darah, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) mengadakan Kempen Derma Darah yang berlangsung di Ruang Legar, Bangunan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, hari ini.

Kempen itu merupakan projek tahunan kementerian berkenaan di mana bagi 2015, ia dikendalikan oleh Pusat Standard Kebangsaan bagi membantu keperluan bekalan darah di Unit Tabung Simpanan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kementerian Kesihatan.

Kempen menderma darah itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan dari pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama serta jabatan-jabatan di bawahnya yang sama-sama turun untuk menjayakan kempen berkebajikan itu.

Di samping sebagai usaha untuk mendedahkan para penderma darah kepada kegiatan berbentuk kebajikan, kempen itu memberikan peluang kepada pegawai dan kakitangan kementerian supaya dapat menanamkan sifat dermawan dengan cara menderma darah bagi membantu golongan atau pesakit yang memerlukannya.

Di antara pegawai dan kakitangan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama yang menyertai kempen menderma darah itu.
Di antara pegawai dan kakitangan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama yang menyertai kempen menderma darah itu.

ARTIKEL YANG SAMA