Kempen derma darah Papparich dapat sambutan

Kempen derma darah Papparich dapat sambutan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Kempen Derma Darah yang diadakan di Restoran Papparich, Gadong baru-baru ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan walaupun ia julung-julung kalinya diadakan.

Pengarah restoran berkenaan, Chong Khee Cheong ketika ditemui Media Permata mengatakan, ia adalah kali pertama buat dirinya untuk ikut serta menderma darah dan berharap agar kempen itu menjadi aktiviti tahunan restoran tersebut dalam sama-sama mempromosikan lagi Restoran Papparich di samping memberi bantuan berterusan dengan menderma darah kepada mereka yang memerlukan.

Kempen yang bermula jam 9 pagi hingga 2 petang itu merupakan kerjasama Restoran Papparich dan Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dalam usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap kepentingan menderma darah di negara ini.

Para penderma yang menyertai kempen tersebut turut menerima baucar Papparich bernilai $10 sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas penyertaan mereka.

Chong Khee Cheong yang pertama kali menderma darah.
Chong Khee Cheong yang pertama kali menderma darah.
Pengurus Restoran, Florence Chew semasa menyampaikan baucar kepada salah seorang penderma.
Pengurus Restoran, Florence Chew semasa menyampaikan baucar kepada salah seorang penderma.

ARTIKEL YANG SAMA