Kempen derma darah polis diteruskan

Kempen derma darah polis diteruskan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 26 Jan – Sebagai salah satu aktiviti tahunan sempena memperingati Sambutan Hari Polis ke-95 Tahun, Daerah Polis Tutong pagi tadi telah mengadakan Kempen Derma Darah di Balai Polis Tutong.

Kempen tersebut disertai seramai 20 orang terdiri daripada pegawai-pegawai dan anggota Daerah Polis Tutong.

Penganjuran kempen tersebut antara lain bertujuan untuk mengumpulkan bekalan darah di negara ini, selain menyalurkan bantuan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan darah.

Pasukan Polis Diraja Brunei telah ditubuhkan pada 1 Januari 1921, dengan hasrat untuk memperkukuhkan undang-undang yang telah sedia digubal di negara ini bagi tujuan keadilan dan kebaikan kepada seluruh rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.

Antara yang menyertai kempen derma darah tersebut.
Antara yang menyertai kempen derma darah tersebut.

Sepanjang penubuhannya, pasukan polis telah banyak menempuh cabaran dan dugaan dalam memerangi pelbagai jenayah yang berlaku di negara ini, di samping telah banyak menabur bakti ke arah memastikan suasana kehidupan rakyat dan penduduk negara ini sentiasa dalam keadaan aman dan makmur.

Pada tahun ini, Sambutan Hari Polis bertemakan ‘Membudayakan Profesionalisme dan Integriti Pasukan’.

ARTIKEL YANG SAMA