Kempen derma darah TelBru

Kempen derma darah TelBru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Dalam usaha untuk menambah tabung simpanan darah di negara ini, Telekom Brunei Berhad (TelBru) mengadakan kempen derma darah yang diadakan di ibu pejabat mereka, di sini, hari ini.

Beberapa kakitangan TelBru dari pelbagai peringkat usia dan penderma kali pertama mendermakan darah masing-masing ketika berlangsungnya kempen selama dua jam itu yang dikendalikan oleh Unit Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Salah seorang penderma, Dayang Nuraqillah binti Haji Jamaludin yang pertama kali menderma darah menyatakan pengalaman sebenar tidak seperti yang diperkatakan di mana ada yang mengatakan perihal jarum dan keadaan tidak selesa yang para penderma alami ketika menderma darah.

Kakitangan TelBru yang menyertai kempen derma darah berkenaan.
Kakitangan TelBru yang menyertai kempen derma darah berkenaan.

“Saya akan menderma lagi di masa akan datang apabila diberikan peluang,” ujar Dayang Nuraqillah.

Kempen itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat TelBru yang bertujuan untuk memupuk nilai-nilai kebajikan terhadap kakitangannya.

Sebagai pembekal utama telekomunikasi di negara ini, TelBru akan terus menyokong masyarakat di Brunei apabila diperlukan.

ARTIKEL YANG SAMA