Kempen derma darah terbuka sempena Aidilfitri 13 Ogos ini

Kempen derma darah terbuka sempena Aidilfitri 13 Ogos ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) memaklumkan bahawa kempen derma darah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri akan diadakan pada 13 Ogos ini di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, Berakas.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, selain sama-sama memeriahkan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kempen yang akan berlangsung dari pukul 5:00 petang hingga 8:00 malam itu juga diharap akan dapat mengutip lebih banyak darah bagi menambah stok bekalan darah di pusat berkenaan agar dapat menampung penggunaan darah dan komponen-komponen darah yang semakin meningkat.

Di samping itu, kenyataan turut memaklumkan bahawa kempen-kempen juga akan diadakan di sepanjang bulan Ogos anjuran pelbagai pihak termasuk Jabatan Imigresen Kuala Belait pada 10 Ogos di Ibu Pejabat Imigresen, Kuala Belait; Sekolah Vokasional Wasan pada 11 Ogos; Heng Yi Industri pada 12 Ogos di Perindustrian Serasa; Bank Standard Chartered juga 12 Ogos di Hua Ho Manggis Mall; Hotel Radisson pada 13 Ogos; Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal, 18 Ogos; UNICORP Sdn Bhd, di Perindustrian Beribi pada 22 Ogos; Kompleks Yayasan, 24 Ogos; dan Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam pada 26 Ogos.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk datang menderma darah ke tempat-tempat kempen derma darah seperti yang disebutkan.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745 / 5709 atau layari laman Facebook Pusat Pendermaan Darah.

ARTIKEL YANG SAMA