Kempen derma JPMC

Kempen derma JPMC

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) memulakan minggu pertama bulan Ramadan dengan menganjurkan kempen menderma untuk disumbangkan kepada 16 orang pesakit dan keluarga yang memerlukan.

Kempen itu telah melibatkan lebih 30 orang kakitangan JPMC secara sukarela membantu mengagihkan sumbangan berupa kewangan, makanan seperti beras, gula, minyak makan, keperluan harian serta hamper makanan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Pengagihan barangan sumbangan tersebut kepada 16 orang pesakit dan keluarga mereka telah diadakan petang 10 Jun dan pagi kelmarin (11 Jun), menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPMC.

Di samping itu, sumbangan wang tunai juga dikumpulkan daripada kalangan warga JPMC, yang diselaraskan oleh Jabatan Pentadbiran dan Kerja Sosial Perubatan JPMC.

Semasa pengagihan derma dijalankan oleh warga JPMC.
Semasa pengagihan derma dijalankan oleh warga JPMC.

Pekerja Perubatan Sosial, Dayang Siti Fairuz binti Abdul Latiff dipetik sebagai berkata, “Kempen menderma yang diadakan buat tahun kedua ini adalah bagi mengambil kerahmatan bulan Ramadan, bulan yang menganugerahkan pahala kepada yang melakukan kebaikan dan peluang untuk membantu mereka yang memerlukan”.

Beliau seterusnya mene-rangkan bahawa para penerima itu terdiri daripada pesakit yang kurang berkemampuan dari Pusat Neurosains, Strok dan Rehabilitasi Brunei (BNSRC) dan Pusat Kanser Brunei (TBCC) yang dirujuk ke Jabatan Kerja Perubatan Sosial, JPMC.

ARTIKEL YANG SAMA