Kempen EU disambung semula

Kempen EU disambung semula

LONDON, 19 Jun (AFP) – Dalam keadaan masih kebingungan ekoran pembunuhan ahli undangan Jo Cox, kempen refe-rendum EU disambung semula hari ini, dengan tinggal empat hari saja lagi sehingga pengundian kritikal yang akan membentuk masa depan Britain.

Kumpulan Kekal and Keluar menangguhkan kempen mereka selama tiga hari selepas pembunuhan Cox Khamis lalu. Lelaki berusia 52 tahun telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuhnya.

Tetapi dengan pengundian terlalu sukar diramalkan, para pemimpin muncul di studio televisyen hari ini untuk memulakan desakan terakhir mereka bagi pengundian.

Perdana Menteri David Cameron, yang mahu Britain kekal dalam Kesatuan Eropah berkata negara berdepan ‘pilihan sekarang’ yang mana dari situ ‘tidak boleh berpatah balik lagi’

Sementara surat khabar Britain hari ini menyebelahi pihak dalam edisi terakhirnya sebelum referendum.

The Mail pada hari ini dan The Observer memberi sokongan mereka kepada kumpulan Kekal, manakala Terbitan lebar sehelai The Sunday Telegraph menyokong berundur dari EU.

Dalam menyambung semula kempen, Cameron berkata ekonomi Britain dalam keadaan ‘tidak pasti’ dengan perdagangan dan pelaburan terjejas sekiranya undi Keluar dan ‘kemungkinan kemerosotan’ yang akan mengakibatkan UK ‘sentiasa lebih miskin’.

“Jika kamu tidak yakin, jangan ambil risiko keluar. Jika kamu tidak tahu, jangan pergi,” beliau menulis dalam The Sunday Telegraph.

“Jika kita keluar dan dengan segera itu adalah kesilapan besar, tidak ada cara mengubah fikiran kita dan tidak akan peluang lain lagi. Itu sahaja.”

ARTIKEL YANG SAMA