Kempen Euro tentukan masa depan Hodgson

Kempen Euro tentukan masa depan Hodgson

CHANTILLY, 20 Jun (AFP) – Masa depan Roy Hodgson sebagai pengurus England bergantung pada pencapaian pasukan itu di Euro 2016, kata Pengerusi Persatuan Bola Sepak (FA) England, Greg Dyke.

Dalam temu bual dengan radio BBC, hari ini, Dyke yang meletak jawatan bulan ini, berkata kontrak Hodgson bakal tamat sebaik tamat saingan Euro kali ini tetapi akan disambung jika The Three Lions mencatat keputusan membanggakan dan bermain dengan baik di Perancis.

Beliau juga yakin Piala Dunia 2018 tetap akan berlangsung seperti yang dirancang biarpun tercetus insiden keganasan membabitkan penyokong England dan Rusia di Marseille, minggu lalu.

Membincangkan mengenai masa depan Hodgson, Dyke berkata: “Sudah pasti jika kamu mara ke separuh akhir, ia sudah dianggap satu kejayaan.

Pengendali pasukan England, Roy Hodgson (kanan). – AFP
Pengendali pasukan England, Roy Hodgson (kanan). – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Jika kami bermain dengan baik dan nasib tidak baik, tewas kepada pasukan yang lebih baik atau penalti (di suku akhir), perbincangan akan diadakan selepas itu,” katanya.

England memerlukan satu mata apabila berdepan Slovakia dalam aksi terakhir Kumpulan B awal pagi Selasa untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

Hodgson sebelum ini mengakui mahu terus menjalankan tugas sebagai jurulatih England. Beliau menggantikan tempat Fabio Capello sebagai pengurus England pada Mei 2012.

ARTIKEL YANG SAMA