Kempen Jaga Minda Kita di KBSentral

Kempen Jaga Minda Kita di KBSentral

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental, Perkhidmatan Psikologi Klinikal, Kementerian Kesihatan sekali lagi mengadakan Kempen Kesihatan Mental dengan tema ‘Jaga Minda Kita’ (Mind Your Mind) di Pusat Membeli-belah KBSentral esok (21 Mei).

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, kempen itu akan mengetengahkan maklumat tentang kesihatan mental, di samping orang awam yang datang ke pusat itu adalah dialu-alukan untuk menyertai aktiviti-aktiviti Kempen ‘Jaga Minda Kita’.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa kempen itu nanti termasuklah Pemeriksaan Kesejahteraan Mental, iaitu pemeriksaan tahap tekanan mental; Lakastah Minum dan Berkurapak di mana orang ramai berpeluang untuk berjumpa dan berbincang dengan para Klinikal Psikologis dan Pakar Psikiatri; Leaf a Pledge, Reap a Fruit yang mana para pengunjung dijemput untuk membuat azam mereka dan merakamkannya di atas kertas berbentuk buah yang akan menghiasi pokok ‘Jaga Minda Kita’.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pameran berkenaan dan karya seni yang dihasilkan oleh klien-klien, bolehlah mengunjungi KBSentral dalam sama-sama menyokong kempen tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA